Artikel

Be U Bank Islam, Qwork Bekerjasama – Mudahkan Pekerja Gig Raih Akses Kewangan

Bagi memastikan akses penyelesaian kewangan kekal fleksibel ke atas kumpulan pekerja di negara – Bank Islam kini laksana kesepakatan bersama Qwork, platform pengambilan pekerja bebas bagi memudahkan kumpulan pekerja khususnya buat kumpulan pekerja mahupun pekerja bebas. 

Kebersamaan ini dilihat akan membantu pekerja antaranya di bawah platform Qwork meraih akses penyelesaian kewangan secara terus bersama Be U – Bank Islam. Aturan ini secara terus akan membantu mereka berdepan cabaran ekonomi semasa susulan persaingan kalangan arena ekonomi gig kian rancak. 

Melalui perkongsian ini, kedua pihak berpendapat ia akan memberi kesan yang baik kepada komuniti ekonomi gig dalam meraih peluang pekerjaan dan menyeimbangkan kestabilan status kewangan mereka secara berkala. 

Selain melaksanakan perkongsian bersama Qwork, Be U – Bank Islam sebelum ini turut telah melancarkan pengenalan kad debit kepada umum pada awal September 2023 lalu. Menerusi perluasan ini, dijangka terdapat lebih banyak akses baharu turut akan tersedia di bawah Be U kelak. Antaranya melibatkan pembiayaan bayara digital serta khidmat perancangan kewangan. 

Adanya akses sedemikian kelak, ini secara langsung akan memberi kelebihan kepada Qwork dan kumpulan pekerja bebas pada akses masa akan datang.