Menerusi pelaksanaan sistem e-Invois secara berperingkat dan pengenalan nombor pengenalan cukai (TIN) dijangka usaha ini berupaya membantu Malaysia meningkatkan kecekapan kutipan hasil serta landaikan isu ekonomi bayangan.
Berdasarkan Kementerian Kewangan (MOF) kedua pendekatan ini dapat menggantikan keupayaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dimaklumkan berpotensi mengurangkan 10% daripada ekonomi bayangan.
Namun MOF menerusi Timbalan Menteri Ahmad Maslan menjelaskan usul GST tersebut dijangka tidak akan berlaku pada tahun ini mahupun tahun 2024.
Buat pengetahuan umum, setakat ini dianggarkan Malaysia kehilangan RM70 bilion setahun kesan daripada kegiatan ekonomi bayangan – yang melibatkan kegiatan perniagaan tidak mematuhi perundangan negarra. Ini termasuklah perniagaan yang berdaftar serta tidak berdaftar.
Maka melalui sistem e-Invois ini iaitu medium digital yang kelak bertindak menyelaras proses percukaian negara pada separuh pertama 2024 kelak akan membantu Malaysia memperkasakan lagi hasil negara secara berkala.
Ekonomi Bayangan atau turut dikenali sebagai ekonomi bawah tanah adalah kegiatan perniagaan yang tidak mematuhi perundangan negara. Ini bermakna ia boleh tergolongan dalam kalangan firma yang berdaftar namun tidak patuhi perundangan dan firma yang tidak berdaftar dengan laksana perniagaan aktiviti jenayah.