Sejak Februari 2022, kerajaan Malaysia telah menanggung sejumlah RM3.7 bilion bagi subsidi telur dan ayam sebagai tujuan untuk mengawal harga di pasaran negara – berikutan ia melonjak kesan tekanan kos dan kekurangan bekalan pada ketika itu.
Namun akses yang seharusnya memberi manfaat kepada kumpulan rakyat yang bersasar sahaja, kini dilihat turut memberi keuntungan kepada 3.5 juta warga asing dalam menikmati subsidi tersebut.
Lebih membimbangkan, langkah subsidi itu turut memberi manfaat kepada 10% golongan ‘maha kaya’ di dalam Malaysia.
Maka dengan tindakan melepaskan harga kawalan ini ia secara langsung membenarkan pasaran tempatan telur dan ayam boleh berfungsi semula dengan bebas mengikut pelarasan pasaran – sama ada turun mahupun naik. Jelas PM Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini, sekiranya benar terdapat ketirisan bekalan berlaku pihaknya akan meningkatkan bekalan buat pasaran domestik bersama sokongan pembelian dari Thailand.
Aturan itu sekaligus akan membantu negara, memastikan rakyat tidak terbeban dengan sebarang potensi kenaikan kos telur dan ayam secara berlebihan di pasaran.
Setakat ini, tidak diperjelaskan bila langkah pengapungan akan dilaksanakan, langkah itu dimaklumkan akan diperincikan dalam tempoh terdekat iaitu 2 minggu. Ini bermakna penjelasan lanjut akan diketahui oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjelang akhir Oktober ini.
Langkah kerajaan membuat pengapungan harga ayam dan telur di pasaran antara lain bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak dan bukannya warga asing serta golongan ‘maha kaya’.
Langkah ini berikutan kerajaan telah mengeluarkan… pic.twitter.com/HQF0UVmwIS
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 17, 2023