Bermula Januari 2024 kelak, sejumlah RM150 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diagihkan kepada setiap murid secara one-off – bagi meringankan komitmen dana persiapan sesi persekolahan mereka.
Lanjutan dana sokongan ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah langkah negara memastikan persediaan para pelajar terus dapat dipenuhi tatkala berdepan kenaikan kos semasa. Melalui aturan itu, didapati seramai lebih 5.25 juta murid bakal meraih manfaat bantuan tunai tersebut.
KPM memaklumkan bayaran akan disalur melalui sekolah dan akan diagihkan kepada murid melalui dua pendekatan iaitu secara tunai mahupun kredit pada akaun bank masing-masing. Adanya kelangsungan ini, ia turut membantu kumpulan ibubapa melandaikan tekanan tunai mereka menjelang sesi pembukaan sekolah kelak.