Artikel

KWSP Sasar Akaun Fleksibel Tingkatkan Akses Tunai Pencarum, Tanpa Jejas Dana Persaraan

Senada dengan fenomena status penuaan yang bakal didepani rakyat Malaysia menjelang 2030 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kelak mengambil langkah untuk menstrukturkan semula akaun para pencarum bagi meningkatkan simpanan ahli tanpa menjejaskan dana persaraan mereka.

Pada kenyataan hari ini, KWSP melihat tindakan di bawah pengenalan Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu tidak lama lagi akan membolehkan para pencarum mengakses dana mereka pada bila-bila masa terutamanya untuk tempoh kecemasan.

Tambahan inisiatif ini turut boleh membantu rakyat negara meraih akses tunai dengan lebih baik. Buat pengetahuan umum, KWSP dapati sekitar 50% isi rumah tidak miliki simpanan RM1,000 untuk menampung isu kecemasan. 

Bagaimanapun pelaksanaan tersebut difahamkan adalah tertakluk kepada kelulusan Parlimen untuk direalisasikan. 

Sekiranya ia dilaksanakan, KWSP pada makluman sebelum ini menyatakan sasaran sekitara 5% hingga 10% caruman akan dikreditkan secara automatik pada akaun tersebut. Manakala bakinya kekal pada Akaun 1 dan Akaun 2, hanya boleh dikeluarkan sehingga tempoh dibenarkan.