Sejumlah 1.45 juta pekerja di negara bakal meraih manfaat disebalik kenaikkan siling gaji dinsuranskan kepada RM6,000 daripada RM5,000 – sepertimana yang diumumkan dalam pembentangan bajet akhir minggu lalu.
Jelas Kementerian Sumber Manusia (KSM), aturan itu akan membawa peningkatan pada faedah tunai buat pekerja sebanyak 20.2%. Di mana ia akan membantu akses sosial pekerja seiranya berlaku sebarang isu bencana kerja, keilatan, kematian atau kehilangan pekerjaan.
Berdasarkan perincian lanjut, penguatkuasaan tersebut akan dilaksanakan setelah pindaan ke atas Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dilakukan kelak.
Secara menyeluruh KSM menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah meraih peruntukan lebih RM200 juta pada bajet 2024 bagi memacu jaringan sosial kalangan pekerja negara.