Umum ketahui pada 13 Oktober lalu, telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2024 yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF). Melalui garapan tersebut, secara menyeluruh hala tuju pembangunan negara pada tahun 2024 memperlihatkan peruntukan paling tertinggi dengan RM393.8 bilion. Ini antara rangkuman intipati bajet negara kali ini:
Prestasi Malaysia
- Kadar Pengangguran telah turun pada kadar 3.4% (Ogos 2023) ini adalah kadar terendah hampir menyamai kadar sebelum COVID-19 (3.3%)
- Kadar Inflasi negara ketika ini di paras 2% – menjadikan ia antara yang terendah di rantau ini dan lebih baik berbanding beberapa ekonomi maju lain
- Malaysia setakat 6 bulan pertama 2023 – berjaya raiih pelaburan diluluskan bernilai RM132.6 bilion – lebihi 60% daripada sasaran pelaburan negara tahun ini
- Setakat Ogos, hampir 13 juta pelancong merancakkan arena pelancongan Malaysia
- Negara sasar KDNK sekitar 4%-5% pada 2023
- Hasil negara dianggar RM302.2 bilion
- Defisit fiskal dijangka berkurang kepada 4.3%
Cukai
- Cukai Keuntungan Modal bakal dilaksanakan mulai 1 Mac 2024 – bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempat berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10%
- Cukai Perkhidmatan akan alami peningkatan, diusulkan naik daripada 6% kepada 8% – ini tidak termasuk dengan beberapa perkhidmatan seperti makanan, minuman, telekomunikasi, tempat letak kenderaan
- Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar antara 5%-10% ke atas barangan seperti barang kemas, jam tangan
- Sistem e-Invois akan diwajibkan buat pembayar cukai dengan pendapatan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024
- Pelepasan cukai sehingga RM2,500, melalui pemasangan pengecasan EV
PKS
- Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam bagi menyokong pembangunan IBFC
- RM900 juta dana pinjaman dibawah BNM untuk galakkan PKS tingkat produktiviti melalui automasi, pendigitalan
- RM100 juta geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat usahawan PKS, pengusaha mikro
- Sembilan institusi kewangan tawar program khusus untuk PKS halal selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030
- Selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan akan tumpukan kepada Kerjasama Awam-Swasta-Dermawan dalam laksanakan projek rakyat
- RM40 juta bagi laksana Program Shop Malaysia Online bagi peniaga kecil khusus dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah
- Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 kepada 30 hari
Manfaat Rakyat
- Insentif RM2,000 untuk Kakitangan Awam
- Insentif RM1,000 untuk pesara, termasuk veteran tanpa pencen
- Rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar, dengan jumlah peruntukan RM55 juta
- NGO bantu isu rakyat di lapangan, raih peruntukan RM100 juta
- RM2.47 bilion disediakan untuk laksana Projek Perumahan Rakyat bagi 2024
- RM500 buat belia 18-20 tahun yang ikuti aktiviti kesukarelawanan bersama badan yang diiktiraf kerajaan
- Harga ayam dan telur akan dilepaskan, diapung lebih rendah
- RM11.8 bilion untuk projek Tebatan Banjir di Kelantan, Kedah, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang
- Rakyat boleh raih rebat RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik – tertakluk kepada individu pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah
- Lebih RM2.4 bilion bakal tersedia buat Jabatan Kebajikan Masyarakat
- RM50 juta untuk skim keselamatan sosial bagi suri rumah di bawah e-Kasih
- RM400 juta untuk menyokong program keselamatan makanan
- RM200 juta untuk meneruskan program Payung Rahmah
- RM10 bilion untuk program bantuan tunai Rahmah. Ini akan memberi manfaat kepada 60% daripada golongan dewasa Malaysia
- RM100/sebulan selama 1 tahun kepada 200,000 penerima bantuan Rahmah
- RM1.2 bilion dalam pelbagai bantuan untuk orang kurang upaya
- RM333 juta untuk komuniti Orang Asli. Ini termasuk program keusahawanan dan pembangunan sosioekonomi
KWSP
- KWSP akan perkenal Akaun Fleksibel – bolehkan pencarum akses akaun pada bila-bila masa
- Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan 50 juta ringgit memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih
- Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami
Kesihatan
- RM41.2 bilion untuk KKM
- RM150 juta untuk KKM tingkatkan sokongan sistem digital
- Cukai gula dinaikkan dari 40 sen/liter kepada 50 sen/liter
- Kenakan duti eksais ke atas produk tembakau kunyah pada kadar 5% ditambah RM27 sekilogram
- RM100 juta perluas Skim Perubatan MADANI – beri manfaat 700,000 rakyat negara
- RM766 juta peruntukan bekalan peralatan perubatan sektor kesihatan awam negara
Pendidikan
- RM58.7 billion untuk sektor pendidikan negara
- RM1.9 billion untuk menaiktaraf sekolah
- Yuran kemasukan universiti awam ditetapkan pada RM1,500
- RM100 juta untuk pelajar yang keluar dari sekolah semasa pandemik
- RM250 juta untuk memperluaskan akses WiFi di semua universiti awam
- Diskaun 10% hingga 15% untuk pinjaman PTPTN
- RM82 juta untuk membina 26 prasekolah baru
Seni, Pelancongan & Kebudayaan
- Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026.
- RM350 juta untuk menggalakkan aktiviti pelancongan di Malaysia
- RM80 juta untuk mengekalkan bangunan bersejarah dan tapak yang berpotensi untuk diiktiraf oleh UNESCO.
- Potongan cukai hiburan kepada 10% bagi artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem, acara sukan, dan permainan
- RM160 juta untuk industri kreatif di Malaysia
- Artis tempatan tidak akan dikenakan cukai hiburan
- RM60 juta untuk mempromosikan hasil kreatif tempatan
- RM90 juta untuk Insentif Filem Malaysia untuk menggalakkan pengeluaran filem yang memenuhi standard global
- RM10 juta untuk MyCreative
Pembangunan
- RM2.8 bilion untuk membaiki jalan persekutuan dan jambatan
- RM5.8 bilion untuk Sarawak; RM6.6 bilion untuk Sabah
- RM38 juta untuk menaiktaraf mahkamah dan melatih lebih ramai hakim
- RM18 juta untuk melaksanakan reformasi undang-undang
- RM2.4 bilion untuk pembinaan dan penyelenggaraan perumahan kerajaan.
- RM150 juta untuk penyelenggaraan tandas awam di seluruh negara.
- RM50 juta disediakan untuk kawasan dengan kadar kemalangan tinggi
- RM100 juta untuk penyelenggaraan lampu jalan di jalan persekutuan
- RM10 juta untuk menaiktaraf 10,000 gerai makanan dan warung di seluruh negara
- RM1.1 bilion untuk menangani masalah air bersih di Kelantan, Sabah, Labuan
- RM12 juta untuk Majlis Sukan Negara dalam menyokong latihan atlet
- RM70 juta untuk memulihindustri minyak kelapa sawit di Malaysia
- RM4.7 bilion untuk membina 5 stesen projek LRT3 buat 2 juta penduduk Lembah Klang
- RM5 juta untuk meningkatkan bilangan anjing K9 di unit polis, kastam, dan bomba
- RM200 juta untuk Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan biodiversiti (EFT)
- RM2.4 bilion untuk Felda dan Risda