Artikel

Belanjawan 2024 : Kerajaan Peruntuk RM500 Juta – Galakkan Rakyat Jana Pendapatan Melalui IPR

Dalam langkah menamatkkan kemiskinan tegar di Malaysia, kerajaan kini bertindak menyediakan peruntukan bernilai RM500 juta mulai 2024 untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan rakyat berpendapatan rendah mengikuti Insiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Pelaksanaan ini secara langsung akan membantu rakyat untuk meningkatkan lagi mata pencarian mereka secara berperingkat. Ini kerana menurut PM Anwar, aturan tersebut telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan tegar daripada anggaran 1% (2020) kepada 0.2% iaitu dengan hanya 18,000 isi rumah sahaja direkodkan pada data semasa.

Berikutan itu, usaha berterusan di bawah IPR wajar diketengahkan untuk kekal menjadi antara pemangkin negara dalam melandaikan jumlah kemiskinan di pasaran. Melalui akses ini, diharap rakyat dapat memanfaatkan ia dan berupaya mengubah nasib taraf pendapatan mereka.