Artikel

Belanjawan 2024 : Kerajaan Sedia RM17 Juta – Tingkatkan Penyertaan Tahfiz Dalam Arena TVET

TVET, Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional sememangnya menjadi tumpuan utama Malaysia dalam meningkatkan tahap kemahiran bakat negara pada arena ekonomi. Melalui pendekatan itu, kerajaan kini mempergiatkan lagi usaha tersebut dengan memperuntukan RM17 juta bagi melaksanakan Program Tahfiz TVET.

Langkah khusus itu bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar Tahfiz memasuki skop TVET. Ini kerana kebiasaanya, peluang tersebut didominasi oleh pelajar aliran kebiasaan. Maka dengan peluang ini, ia terbuka kepada semua pelajar Tahfiz untuk mempelbagaikan kemahiran mereka meskipun masih dalam pengajian hafazan.

Penyertaan mereka sekaligus akan merancakkan lagi pasaran pekerjaan berkemahiran negara di masa hadapan.