Artikel

Belanjawan 2024 : BNM, Institusi Kewangan Islam Sedia Program Rintis – Majukan Pelaburan Islam

Menyedari kualiti pembangunan sosial dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan Islam kini memaklumkan sedang membangunkan program rintis pelaburan menerusi Akaun Pelaburan (AI).

Pada usaha itu, ia dilihat akan menggabungkan perkongsian risiko antara pelabur dalam pelaburan berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bersama pelaburan sosial. Di mana usaha ini akan memperlihatkan sebahagian keuntungan disalurkan pada pembangunan sosial negara.

Melalui pemerkasaan itu, ia tidak sekadar mengalakkan tindakan pelaburan tetapi turut memberi pulangan kebajikan kepada pembangunan sosial negara – antaranya pembiayaan pendidikan ke atas golongan berpendapatan rendah.