Artikel

Belanjawan 2024 : Kerajaan Sedia RM20 Juta – Rancakkan Kajian, Inovasi Ekonomi Islam

Selaku negara yang menerajui pelbagai segmen ekonomi dalam pendekatan Islam, Malaysia menjelang 2024 berhasrat meluaskan lagi jejak negara untuk potensi tersebut. Berikutan matlamat itu, kerajaan ketika ini ingin melaraskan semula sistem kewangan Islam di negara, bagi membuka impak yang lebih mendalam pada sektor kewangan Islam negara.

Pada tujuan itu sejumlah peruntukan RM20 juta akan disediakan bagi merancakkan usaha kajian, kreativiti serta inovasi dalam ekonomi Islam Malaysia.

Menurut PM Anwar, aturan itu akan diterajui oleh Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dengan penglibatan bersama MIFC dan industri. Melalui kebersamaan ini, langkah tersebut akan membantu negara mempelbagaikan lagi peluang ekonomi berteraskan Islam di persada antarabangsa.