Artikel

Belanjawan 2024 : 5 Stesen LRT3 Akan Dibina – Perkasa Akses Pengangkutan Buat 2 Juta Penduduk Di Lembah Klang

Bagi memacu lagi perkhidmatan pengangkutan awam negara – kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan semula pelan membina 5 stesen LRT3 untuk kemudahan 2 juta penduduk di Lembah Klang. Persetujuan ini dimaklumkan akan libatkan kos berjumlah RM4.7 bilion.

Jelas PM Anwar pada pembentangan bajet hari ini, pembinaan stesen tersebut merangkumi stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

Keperluan membina kembali prasarana tersebut adalah untuk memastikan aturan perjalanan pengguna lebih cekap dan akan membantu ekonomi setempat lebih membangun dengan peluang pasaran baharu – setelah kualiti pengangkutan awam tersedia.

Lebih menarik, untuk menyokong agenda tersebut – dimaklumkan Prasarana Malaysia Berhad telah bersetuju menyediakan kemudahan 150 bas elektrik dan membina 3 depoh basĀ  bersama peruntukan RM600 juta.