Artikel

Belanjawan 2024 : Beli Motosikal Elektrik, Rakyat Akan Perolehi Rebat Sehingga RM2,400

Selain mengukuhkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik, negara juga kini mengumumkan akan perkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal kepada rakyat negara.

Melalui perincian itu, skim ini akan membuka peluang kepada rakyat yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah meraih manfaat nilai menerusi pembelian motosikal elektrik.

Menurut PM Anwar skim tersebut turut akan memberikan pengguna faedah rebat sehingga RM2,400. Adanya akses ini, ia akan menggalakkan lagi penggunaan EV kalangan penduduk negara dan berupaya mencapai 38% kapasiti pengguna EV di lebuhraya menjelang tahun 2040 kelak.