Artikel

Belanjawan 2024 : Pasang Pengecas EV Di Rumah – Bakal Raih Pelepasan Cukai Sehingga RM2,500

Bagi melonjakkan lagi pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) di pasaran automotif negara – kerajaan kini bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500, kepada kumpulan yang memasang panel pengecas EV di kediaman mereka.

Aturan ini bagaimanapun memperincikan pelepasan cukai itu hanya akan diberi untuk pemasangan pengecas EV selama tempoh 4 tahun.

Lebih menarik, sekiranya kos sewaan infrastrukur EV ini dilanjutkan untuk tempoh 2 tahun lagi – kerajaan memaklumkan para pengguna berkaitan akan turut meraih tambahan potongan cukai.