Artikel

Belanjawan 2024 : RM150 Juta Untuk KKM – Perkasakan Sistem Digital Pada Khidmat Kesihatan Awam

Selain sektor pendidikan, sektor kesihatan merangkumi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut memperlihatkan peningkatkan jumlah peruntukan – apabila KKM pada bajet 2024 dimaklumkan menerima RM41.2 bilion. Angka ini untuk pengetahuan umum adalah lebih tinggi berbanding, tahun 2023 sebanyak RM36.4 bilion.

Berdasarkan lonjakan peruntukan itu, difahamkan sejumlah RM5.5 bilion diagihkan untuk perkasa perolehan bekalan seperti ubat, bahan guna habis, reagen dan vaksin. Selain pembekalan, usaha pembaharuan pada peralatan di fasiliti kesihatan awam juga turut akan dilaksanakan – aturan ini menuntut sejumlah dana RM766 juta.

Selain usaha itu, KKM turut menerima peruntukan RM150 juta bagi memperkasakan lagi aliran digital dalam perkhidmatan. Tindakan ini akan memperlihatkan sistem teknologi maklumat KKM akan diselenggara termasuklah penyediaan sistem Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan.

Buat pengetahuan umum, ketika ini hanya 3% klinik kesihatan dilengkapi rekod kesihatan digital, maka keperluan perluasan teknologi itu perlu diperkasakan segera melalui dana tambahan KKM ini. Langkah itu akan membantu KKM meningkatkan kecekapan capaian data pesakita di prasaranan kesihatan.