Artikel

Belanjawan 2024 : RM2,000 Insentif Buat Penjawat Awam, RM1,000 Kepada Pesara

Tatkala skim gaji fan elaun tetap penjawan awam sedang disemak, kerajaan ketika ini sukacita memaklumkan bersetuju memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam dan pesara pula RM1,000.

Aturan itu akan memperlihatkan semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima manfaat tersebut.

Tidak hanya itu petugas awam kumpulan beruniform juga turut dimaklumkan akan menerima insentif berjumlah RM1,000.

Menurut PM Anwar insentif itu akan mula disalurkan pada akhir Februari 2024 kelak, di mana ia akan membantu meringankan bebanan kumpulan penjawat awam – sebelum persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan, Syawal kelak.