Artikel

Belanjawan 2024 : Diskaun PTPTN Diteruskan – Mulai 14 Oktober Sehingga 31 Mac 2024 

Memahami para pelajar turut berdepan tekanan kos semasa, maka kerajaan bersetuju untuk meneruskan diskaun PTPTN –  bayaran balik pinjaman buat para pelajar. Dimaklumkan diskaun PTPTN akan diteruskan mulai 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 kelak.

Penawaran diskaun itu difahamkan memiliki beberapa kategori, iaitu;

  • Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik sekurangnya 50% daripada baki hutang (sekali bayaran sahaja)
  • Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan atau debit yang dilaksana secara berjadual

Maka melalui lanjutan tawaran diskaun ini, diharap semua peminjam PTPTN memanfaatkan akses dalam tempoh yang disediakan.