Artikel

Belanjawan 2024 : KWSP Benarkan Isteri Pindah 2% Caruman i-Sayang Kepada Suami 

Untuk terus perkasakan perlindungan sosial dalam kalangan pekerja negara, terutama pada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – pada bajet kali ini, kerajaan memaklumkan program i-Sayang akan diperluaskan – membenarkan kumpulan isteri pula memindahkan 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami.

Buat pengetahuan umum, sebelum ini caruman tersebut sekadar membenarkan kumpulan suami laksana caruman 2% secara sukarela kepada pasangan mereka. Di mana caruman itu akan dilaksanakan secara automatik pada setiap bulan.

Maka melalui pelaksanaan ini, dijangka proses yang sama turut akan diselaraskan ke atas pindahan caruman isteri ke suami – dan difahamkan pindahan caruman tersebut tidak boleh ditamatkan, hanya boleh berbuat sedemikian sekiranya berlaku penceraian atau kematian pasangan sahaja.