Bagi memastikan peranan institusi awam terus ditambah-baik dalam pembangunan Malaysia – hasil tinjauan pada beberapa kajian, PM Anwar memaklumkan pihaknya akan bertindak menstruktur semula institusi kewangan pembangunan (DFI) negara. Aturan ini meliputi penggabungan Bank Pembangunan Malaysia Berhad, SME Bank dan Exim Bank.
Pelaksanaan itu difahamkan pada sidang Belanjawan 2024 negara adalah bertujuan untuk memperkasakan kemampanan hasil, perlindungan sosial, tatakelola syarikat serta memulihkan pengurusan hutang negara.
Selain usaha penggabungan tersebut, negara juga berhasrat memperkukuhkan persekitaran modal teroka melalui aturan pemusatan agensi modal teroka. Aturan ini dimaklumkan akan melibatkan kebersamaan Penaja Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional.