Artikel

Belanjawan 2024 : Pembayar Cukai Miliki Pendapatan, Jualan Tahunan Lebihi RM100 Juta –  Wajib Guna e-Invois Mulai 1 Ogos 2024

Selari dengan usaha pendigitalan negara di bawah kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) – mulai 1 Ogos 2024 kelak, pembayar cukai yang berpendapatan atau meraih nilai jualan tahunan lebihi RM100 juta kelak diwajibkan untuk menggunakan sistem e-invois.

Sementara pelaksanaan secara menyeluruh buat kategori pendapatan pembayar cukai lain pula, dimaklumkan akan dilaksana secara berperingkat. Mengikut sasaran, matlamat itu berupaya direalisasikan mulai 1 Julai 2025 kelak.

Di samping itu, negara juga akan perluaskan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) pada sistem e-Invois ini. Menerusi langkah itu ia dapat mengembangkan lagi jaringan maklumat pembayar cukai dan meningkatkan pematuhan kutipan hasil negara tanpa sebarang ketirisan.

Sistem e-Invois – medium digital yang bertindak menyelaras proses percukaian negara dengan lebih mudah.