Artikel

Belanjawan 2024 : Cukai Barang Bernilai Tinggi Seperti Barang Kemas, Jam Tangan Bakal Dilaksanakan – Pada Kadar Sehingga 10% 

Selain cukai perkhidmatan dan cukai keuntungan modal – kerajaan juga bertindak melaksanakan Cukai Barangan Bernilai Tinggi pada tahun hadapan bagi memperkasakan lagi hasil kutipan negara.

Pada perincian itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan pengenaan tersebut akan merangkumi barangan bernilai tinggi seperti barangan kemas, jam tangan. Cukai ini akan didasari berasaskan nilai ambang harga barangan tersebut.

Pada sidang bajet, difahamkan kerajaan akan gubal perundangan baharu untuk laksana cukai tersebut – ini meliputi pada kadar 5% sehingga 10%.