Artikel

Belanjawan 2024 : Cukai Keuntungan Modal Berkadar 10% – Akan Dilaksana Mulai 1 Mac 2024

Sepertimana yang dijanjikan pada bajet tahun lalu, kini kerajaan akan melaksanakan Cukai Keuntungan Modal – bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10%.

Aturan ini menurut PM Anwar Ibrahim akan mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2024 kelak.

Pada masa yang sama, kerajaan juga memaklumkan akan pertimbang untuk kecualikan Cukai Keuntungan Modal ini ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti tawaran awam permulaan (IPO) yang diluluskan, diikuti pensturkturan dalaman serta syarikat modal teroka. Tindakan ini difahamkan tertakluk kepaada syarat yang ditetapkan.