Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang pembentangan Belanjawan 2024 hari ini memaklumkan kerajaan bercadang naikkan Cukai Perkhidmatan kepada 8%.
Bagaimanapun aturan ini dijelaskan tidak termasuk akan perkhidmatan makanan, minuman serta telekomunikasi. Ia difahamkan akan diperluaskan kepada skop seperti logistik, pembrokeran, penajajaminan serta pusat hiburan karaoke.
Menerusi aturan ini ia secara langsung akan meningkatkan lagi hasil kutipan negara, di samping kekal membangunkan kemajuan Malaysia.