Artikel

Belanjawan 2024 : Malaysia Sedia Peruntukan Paling Besar – Berjumlah RM393.8 Bilion

Malaysia sekali lagi menyediakan peruntukan nilai terbesar pada perbelanjaan bajet negara pada tahun ini dengan jumlah peruntukan Belanjawan 2024 adalah sebanyak RM393.8 bilion.

Buat pengetahuan umum, ini merupakan peruntukan tahun ke-4 yang tertinggi pernah dilaksanakan Malaysia pada pelan hala tuju pembangunan negara. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan Malaysia (MOF), jumlah sedemikian bertepatan selari dengan keperluan rakyat dan pembangunan negara. 

Ia tidak sekadar memacu keperluan asas rakyat dalam depani tekanan kos sara hidup tetapi memperkasakan pembangunan Malaysia secara berperingkat pada pasaran global. Buat pengetahuan umum, ini perincian pada peruntukan Belanjawan 2024 kali ini: 

  • Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM303.8 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM90 bilion

Sebagai perbandingan jumlah peruntukan tahun sebelumnya pula, ini data bajet dari tahun 2019 sehingga 2023;

  • 2020 dengan jumlah RM299 bilion
  • 2021 dengan jumlah RM322.5 bilion 
  • 2022 dengan jumlah RM332.1 bilion
  • 2023 dengan jumlah RM388.1 bilion