Disebalik penggantungan operasi MYAirline, dijangka Capital A selaku pesaing terdekat dalam skop penawaran tambang rendah – bakal meraih manfaat yang tinggi.
Menurut penganalisa Maybank Investment Bank (Maybank IB), tindakan tersebut akan menyebabkan berlakunya tekanan kadar tambang yang lebih tinggi di pasaran domestik.
Susulan isu ini tercetus pada tempoh penerbangan di fasa akhir tahun, ini akan meningkatkan lagi keuntungan buat Capital A. Seperti yang umum sedia maklum kadar tambang yang tersedia di bawah perkhidmatan Capital A pada suku keempat setiap tahun bakal alami peningkatan berikutan ia adalah tempoh puncak.
Maka secara langsung, situasi ini akan meluaskan perolehan Capital A sebagai pilihan penumpang penerbangan.