Artikel

Malaysia Rancang Sedia Pakej Pelancongan Mesra Muslim, Mulai November Kelak – MOTAC

Bermula bulan November kelak, kerajaan bercadang laksana pakej Pelancongan Mesra Muslim bagi merancakkan arena pelancongan negara dalam kalangan pelancong dari Timur Tengah, China yang memiliiki kapasiti penduduk Islam besar. 

Aturan ini tidak sekadar meningkatkan usaha promosi pelancongan pada kawasan peranginan tetapi turut akan memperluaskan lagi promosi pasaran mesra muslim seperti produk, kerjasama dengan pemain industri serta penawaran subsidi kepada pemain pelancongan. 

Kerjasama itu akan melibatkan kesepakatan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Pusat Pelancongan Islam (ITC) melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) untuk perluasan strategi pemasaran pelancongan di Asia, Timur Tengah dan  Eropah. 

Setakat ini negara telahpun laksana pelbagai pertemua bersama pengusaha pelancongan seperti Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) untuk meraih perincian lanjut sebelum pelaksanaan pakej tersebut.