Untuk memastikan kebajikan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal miliki pilihan dalam mengatur aliran perbelanjaan mereka, melalui inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan pencarum yang layak meraih pinjaman secara bercagar – didapati kini sebanyak RM1.29 bilion jumlah pinjaman FSA2 telah diluluskan.
Menurut perkongsian Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Parlimen ini, jumlah itu mencerminkan sebanyak 64,619 permohonan telahpun diluluskan setakat 2 Oktober lalu. Sebagai perincian, sekitar 46,805 (72%) permohonan pinjaman bercagar dilaksanakan oleh lelaki dan bakinya 17.814 (28%) permohonan pula dilaksanakan oleh wanita.
Menerusi kemudahan FSA2 ini, KWSP membolehkan pencarum yang layak berusia 40 tahun ke atas memohon pinjaman antara RM3,000 ke RM50,000 dalam bentuk pinjaman peribadi menerusi cagaran terikat pada Akaun 2 pencarum.
Sebagai penjelasan tambahan, turut dimaklumkan mengikut kategori etnik – kumpulan Melayu laksana permohonan sebanyak 34,013, diikuti Cina sebanyak permohonan 14,063 sementara kumpulan India pula laksana 7,627 permohonan.