Artikel

Menara Serba Dinamik Bakal Dijual Pada Nilai RM38 Juta

Berikutan isu kewangan yang melanda operasi Serba Dinamik, kini dimaklumkan menaranya setinggi 16 tingkat di Shah Alam berpotensi dijual pada nilai RM38 juta. Setakat ini difahamkan APB Resources bercadang membeli Menara Serba Dinamik tersebut. 

Mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, pertimbangan jual-beli itu didasari berasakan rundingan setelah mengambilkira nilai bersih dan nilai pasaran hartanah berkenaan. 

Sekiranya peralihan ini direalisasikan, APB bertindak akn menjadikan hartanah tersebut sebagai segmen persendirian mereka dan berpotensi menjana pendapatan melalui langkah penyewaan. 

Mengikut sasaran, kesepakatan uru-niaga ini dijangka berupaya selesai sebelum akhir November kelak.