Untuk memastikan keseimbangan portfolio dalam pelaburan masa hadapan kekal terpelihara, Khazanah Nasional melalui anak syarikat bersekutunya Pulau Kapas Ventures (PKV) telah bertindak menjual 3.7% kepentingannya dalam TIME dotCom. Difahamkan tindakan ini bersamaan dengan 67.5 juta saham.
Menurut laporan Bloomberg, meskipun nilai aturan itu tidak didedahkan pada makluman Bursa Malaysia – berdasarkan aliran dagangan, pelupusan kepentingan ini membawa nilai sekitar RM357 juta.
Menurut Khazanah, tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha kumpulan untuk imbangi semua porfolia bagi memperkasakan aliran masuk tunai pada tindakan pelaburan semua di masa hadapan untuk jangka masa panjang.
Walaupun penjualan kepentingan itu dilaksanakan, Khazanah menerusi PKV dimaklumkan kekal selaku pemegang sahan terbesar TIME dengan pegangan 25.1%, berbanding sebelum ini 28.8%.