Artikel

Sarawak Ingin Hasilkan Robot – Perkasakan Kecekapan Tenaga Sektor Kesihatan Berjangkit

Selain daripada meningkatkan perlindungan sosial kalangan penduduk negeri, dan meneroka pelbagai potensi pada sektor ekonomi – Sarawak kini turut berhasrat meningkatkan penyertaan mereka dalam inovasi teknologi apabila ingin menghasilkan robot dalam membantu meningkatkan kecekapan sektor ekonomi negeri. 

Hasrat itu dizahirkan pada sidang Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) yang bermatlamat untuk membantu sektor ekonomi antaranya sektor kesihatan. Pertimbangan ini telah diusulkan kepada Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) agar mempertimbangkan penggunaan teknologi robotik di dalam penjagaan kesihatan penyakit berjangkit. 

Untuk makluman inspirasi ini didasari berasaskan Grace The Robot yang dibangunkan oleh Hanson Robotics-Hong Kong, yang telah dipamer pada Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia Ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak Keenam (WCIT|IDECS) 2023. 

Menurut Premier Abang Johari, pihak negeri bersedia memberi peruntukan untuk penghasilan robot tersebut dan dijangka usul ini akan diketengahkan kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs) untuk pertimbangan dengan kerjasama Huawei.