Artikel

MOSTI Pertimbang Wujudkan Akta AI

Perluasan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) di pasaran negara, kini menuntut pentadbiran negara untuk memantau etika penggunaannya – memahami keperluan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini memaklumkan sedang bangunkan kod etika dan tadbir urus teknologi AI sebagai panduan sektor. 

Aturan itu menurut MOSTI pada perkongsian media, akan melibatkan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia berserta wakil-wakil daripada agensi Kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pihak industri. 

Selain langkah itu, MOSTI juga dalam pertimbangan untuk mewujudkan rangka kerja perundangan berkaitan AI, di sampingkan wujudkan Akta AI – bagi perkukuhkan perundangan teknologi di negara. 

Ketika ini antara usaha yang telah dilaksanakan adalah Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah menubuhkan Jawatankuasa Cermin Kebangsaan (National Mirror Committee) bagi menghasilkan standard/ piawaian AI kebangsaan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh MIMOS dan keahliannya terdiri daripada wakil-wakil Kementerian, agensi, akademia dan juga industri. Maka menerusi piawaian tersebut, ini kelak dapat diselarikan dengan matlamat perundangan MOSTI pada penerapan AI di pasaran. 

Ini kerana MOSTI melihat kebergantungan terhadap  aspek perundangan semata-mata dalam usaha pengawalan dan pemantauan teknologi AI dilihat tidak akan memacu arena ekonomi negara, ia sekadar memperlahankan inovasi teknologi yang terlibat.