Bagi memastikan pasaran tenaga kerja terus dilindungi dengan pelbagai hak, Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan ) 2023 kini diluluskan di Dewan Rakyat menerusi majoriti undian suara.
Adanya kesepakatan dalam RUU ini ia secara langsung akan membantu kumpulan pekerja memiliki akses dan membantu mereka mengawal pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia. Selain itu ia turut memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyertai serta menubuhkan kesatuan sekerja mereka mengikut pilihan sektor.
Usaha ini secara langsung akan memperkasakan lagi kebajikan serta perlindungan pekerja secara berkala khususnya dalam perolehan manfaat dan faedah dalam pasaran pekerjaan di negara.