Artikel

BigPay Kini Tersedia Di AirAsia Superapp – Mudahkan Pengguna Berbelanja, Laksana Tempahan Khidmat

BigPay, aplikasi kewangan di bawah Capital A kini mula diintegrasikan pada AirAsia Superapp (bakal dikenali sebagai AirAsia MOVE) – untuk memudahkan pengguna meraih akses pembayaran yang lebih eksklusif pada perkhidmatan operasi.

Ini bermakna melalui penyertaan BigPay pada aplikasi AirAsia itu, ia membolehkan pengguna untuk menyemak baki akaun BigPay mereka secara terus dalam AirAsia Superapp dan benarkan pembelian dilakukan secara terus untuk mana-mana perkhidmatan AirAsia seperti penerbangan, pengangkutan mahupun penginapan hotel.

Maka untuk meraih akses itu, pengguna AirAsia Superapp perlu pautkan akaun BigPay mereka yang sedia ada pada aplikasi tersebut. Lebih menarik, untuk pengguna baharu BigPay pula – mulai November kelak anda boleh mendaftar akaun BigPay secara terus pada AirAsia Superapp.

Melalui kebersamaan dua akses digital Capital A ini, pengguna kelak dapat nikmati pelbagai diskaun eksklusif pada perkhidmatan mereka – antaranya :

  • Diskuan 5% penerbangan AirAsia (sehingga 31 Disember sahaja)
  • Diskaun 5% tempahan syarikat penerbangan lain pada AirAsia Superapp
  • Diskaun RM50 tempahan kali pertama khidmat hotel pada aplikasi – minimum 3 hari 2 malam
  • Raih mata ganjaran AirAsia bagi penggunaan BigPay untuk perkhidmatan AirAsia Ride, tempahan hotel serta tempahan tiket syarikat penerbangan lain pada aplikasi