Artikel

Maybank, Sime Darby Property Mudahkan Bakal Pembeli Rumah – Raih Status Pembiayaan Sepantas 10 Saat

Untuk memastikan bakal pembeli rumah miliki akses permohonan pembiayaan yang lebih cekap – Maybank bersama Sime Darby Property kini telah menyepadukan platform pembiayaan Maybank Home2u ke dalam Sistem Tempahan Dalam Talian (OBS) Sime Darby Property bagi pengalaman yang lebih lancar buat pengguna. 

Menerusi tindakan itu, ini membolehkan bakal pembeli rumah laksana semakan kelayakan dan memohon pembiayaan. Setelah lengkap dan kayak pengguna boleh meraih status kelulusan sepantas 10 saat sebelum surat tawaran dikeluarkan dalam tempoh 1 jam selepas tempahan rumah dilaksanakan di OBS. 

Maybank melihat aturan kerjasama ini sekaligus meyajikan penyelesaian yang lebih cekap kepada pengguna sewaktu jalani proses pembelian rumah. Adanya usaha ini, ia tidak sekadar memudahkan pengguna tetapi turut meningkatkan lagi kadar persaingan hartanah di pasaran. 

Sebarang maklumat lanjut semua pengguna boleh merujuk kepada laman Maybank dan Sime Darby Property untuk tindakan seterusnya.