Artikel

Sarawak Umum Lanjut Diskaun Elektrik Kepada Pengguna, Peniaga – Sehingga 31 Disember 2023

700,000 pengguna di Sarawak kelak akan terus menikmati diskaun bil elektrik – susulan Sarawak bertindak melanjutkan inisiatif tersebut di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dengan menanggung kos RM203.7 juta sehingga 31 Disember 2023 kelak. 

Jumlah kos ini untuk makluman merangkumi RM123 juta ke atas pengguna domestik, diikuti RM80.7 juta pula buat peniaga kecil

Melalui lanjutan ini, ia secara langsung meringankan bebanan tekanan kos pengguna Sarawak. Tidak hanya domestik bahkan melibatkan peniaga komersil serta peniaga industri. 

Adanya aturan campur-tangan kerajaan negeri ini, ia secara terus membantu penduduk negeri mencapai keseimbangan kos dalam mengatur semula aliran perbelanjaan mereka. Buat pengetahuan umum, sebelum ini penawaran diskaun elektrik bulanan tersebut telah diperkenal mulai Julai sehingga Oktober 2023, kini ia dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.