Artikel

KPM : 9,500 Guru Baharu Bakal Isi Kekosongan, Bermula November Kelak

Mulai bulan hadapan, sejumlah 9,500 guru baharu bakal tersedia dalam sektor pendidikan negara bagi memenuhi permintaan semasa dan mengatasi isu ketirisan pendidik.

Tindakan ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dicapai bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), sekaligus membantu negara meningkatkan lagi kecekapan proses pembelajaran pada sistem persekolahan.

Seperti yang umum ketahui, antara isu yang dialami sektor pendidikan negara ketika ini terdapat beberapa mata pelajaran mengalami kekurangan guru – ianya melibatkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Seni Visual, Jasmani dan Pendidikan Islam.