Kesan penyusutan nilai berikutan menambah-baik operasi dan tekanan persaingan kos, Top Glove – pengeluar sarung tangan global ini mencatatkan rekod rugi terbesarnya sebanyak RM463.15 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Ogos lalu.
Nilai kerugiaan ini ternyata lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu – dengan kerugian bersih RM62.99 juta.
Persekitaran operasi diperhatikan turut alami kesan mendalam susulan pendapatan kumpulan untuk suku keempat menjunam 51.9% kepada RM475.9 juta daripada RM989.9 juta pada suku yang sama pada 2022.
Secara menyeluruhnya, untuk tahun 2023 sahaja Top Glove telah catat rugi bersih sebanyak RM926.6 juta, manakala pendapatan 2023 pula mencapai RM2.26 bilion. Ini bermakna merosot 59% berbanding tahun lalu.
Meskipun berdepan kelemahan permintaan, namun Top Glove kekal optimis rantaian tersebut kembali memulih berikutan situasi lebihan bekalan telah mereka. Dan menjangkakan pemintaan sarung tangan global akan alami pertumbuhan antara 8% hingga 10% setahun kelak.