Artikel

Pelajar Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & IPG – Kini Terima FLYsiswa, Subsidi RM300 Beli Tiket Penerbangan

Setelah memberi lebih 56,000 pelajar Univerisiti Awam (UA) manfaat FLYsiswa iaitu subsidi RM300 bagi pembelian tiket penerbangan – kini Kementerian Pengangkutan (MOT) mula perluaskan inisiatif tersebut kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 6 Oktober (hari ini). 

Akses ini akan melibatkan kumpulan pelajar yang berdaftar sehingga sesi akademik 2022/2023 serta kepada kumpulan yang belum menamatkan pengajian selepas sesi akademik tersebut. 

Menerusi manfaat ini, para pelajar terlibat boleh menggunakan faedah tersebut pada laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. 

Menurut MOT, permohonan baucar digital ini boleh diraih dengan permohonan bersama syarikat penerbangan terlibat. Antaranya melibatkan Malaysia Airlines, MASwings, FireFly, AirAsia, Batik Air dan MYAirline melalui laman sesawang operasi. 

Malah para pelajar boleh laksana semakan terlebih dahulu pada pautan Subsidi Udara MOT dan sekiranya pelajar didapati tidak layak – maka rayuan boleh dirujuk semula kepada institut pendidikan masing-masing. Setakat ini difahamkan tarikh akhir penebusan baucar digital FlySiswa adalah pada 31 Disember 2023 ini, dan pelajar masih boleh membeli tiket penerbangan meskipun tarikh penebusan telah berakhir. 

Namun pelajar berkaitan diingatkan bahawa subsidi ini hanya boleh diguna untuk pembelian  tiket penerbangan sekiranya alamat tetap pelajar adalah destinasi penerbangan tersebut. Sebagai perincian, perolehan baucar digital ini akan dijadikan sebagai credit shell kepada para pelajar untuk pembelian tiket penerbangan. Ini bermakna sekiranya  harga tiket penerbangan yang dibeli adalah bawah RM300 maka baki selebihnya akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan pada pembelian tiket pelajar seterusnya.

Buat pengetahuan umum, ini kaedah penggunaan baucar digital RM300 dilaksanakan bagi pembelian tiket penerbangan domestik;