Artikel

Luno Kini Tawar 11 Kriptowang Di Malaysia – Mula Menambah MATIC

Luno, bursa aset digital kini telah mengemaskini penawaran kriptowang mereka di Malaysia, dengan menyenarai dan menambah Polygon (MATIC) sebagai kritpowang ke 11 buat pasaran Malaysia.

Ini bermakna pengguna boleh membeli, menjual dan menyimpan MATIC pada aplikasi dan laman web Luno. Seperti yang umum ketahui, Mei lalu Luno telah menambah Avalanche (AVAX) dan MATIC pula menjadi kriptowang kedua ditambah pada tahun ini. 

Menerusi penambahan MATIC ini ia sekaligus akan meluaskan lagi pelaburan kriptowang di Malaysia dengan kebolehcapaian tawaran kripto yang lebih besar – tidak hanya tertumpu kepada 840,000 pelanggannya. Ini termasuk untuk peluang kepada pelabur potensi Luno di masa hadapan.