Artikel

Daiso Perluas Skala Di Malaysia – Labur RM1 Bilion Bangunkan Pusat Pengedaran Global

Sebagai langkah mengukuhkan lagi kedudukan produk pada pasaran semasa – Daiso Malaysia bersama Kajima-Suncon kini jalin kesepakatan bangunkan Pusat Pengedaran Global (GDC) canggih di Pelabuhan Klang dengan peruntukan RM1 bilion.

Lokasi ini akan menjadi hab utama dalam pengedaran global antaranya melibatkan kemasukan produk Daiso dari Jepun, China serta ke 22 buah negara seluruh Asia dan Timur Tengah.

Dengan pemilihan hab di Malaysia, ia tidak sekadar membantu pasaran pekerjaan negara tetapi membuka peluang yang lebih luas dalam segmen pelaburan di rantau ini – disamping merancakkan lagi aliran kemasukan produk dalam trafik kontena di pelaburan tempatan.

Melalui kesepakatan itu, dijangka GDC bakal mula dibangunkan mulai Mei 2024 kelak dan berpotensi tersedia menjelang Mei 2026.