Artikel

Pelaburan Terkumpul Aset Tetap Negara Melonjak 2.8% Kepada RM5.4 Trilion Bagi 2022 – DOSM

Stok Modal Kasar atau pelaburan terkumpul aset tetap negara kini diperlihatkan alami perkembangan yang positif apabila meningkat 2.8% kepada RM5.4 trilion bagi tahun 2022. 

Pertumbuhan ini mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menterjemahkan secara keselutruhan semua sektor ekonomi meningkat dengan positif kecuali perlombongan & pengkuarian didapati menyusut marginal 0.02%, namun prestasinya lebih daripada -0.3% tahun 2021. 

Mengikut perincian data lagi, stok modal bersih (SMB) yang merujuk kepada kekayaan ekonomi Malaysia pula turut mencatatkan peningkatan berjumlah RM3.4 trilion lebih tinggi berbanding tahun 2021 dengan RM3.3 trilion. 

Angka ini memaparkan berlaku kenaikan 2.4% secara tahunan. Manakala berdasarkan pecahan sektor pula, Perkhidmatan menjadi antara penyumbang terbesar dengan nilai RM2.3 trilion menyumbang 68.6% pada tahun 2022.

Apa Itu Stok Modal? Stok modal sesebuah negara ialah jumlah kuantiti aset modal yang tersedia untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Saiz dan pertumbuhan stok modal tersebut mempunyai kesan yang penting terhadap keupayaan pengeluaran sesebuah ekonomi.