Artikel

Akta Insolvensi Dipinda 6 Oktober Ini – Dijangka 130,000 Rakyat Akan Bebas Muflis

Bermula 6 Oktober ini, pindaan baharu Akta Insolvensi 1967 akan dikuatkuasakan seiring dengan persetujuan yang dicapai Jemaah Menteri pada Mac lalu bersama pihak berkepentingan termasuklah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara.

Melalui aturan ini, ia akan memperlihatkan peruntukan seperti pelepasan bankrap akan dilaksanakan tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan. Dimaklumkan sehingga 130,000 individu bankrap akan lalui Dasar Peluang Kedua ini.

Selain itu pelepasan ini turut melayakkan dua kategori baharu iaitu individu berusia 70 tahun ke atas serta kumpulan yang diiktiraf sakit mental bawah Akta Kesihatan Mental 2001.