Artikel

Belanjawan 2024 : Diskaun PTPTN Dijangka Tidak Diteruskan

Sekiranya pada bajet lalu, penawaran diskauan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilaksanakan, kelak dijangka tindakan tersebut tidak dijalankan pada bajet baharu. 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengikut laporan pada sidang Majlis Sambutan Hari Akademia memaklumkan langkah itu hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya mendapat keputusan muktamad tertakluk di bawah Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun setakat ini pihak KPT tidak lagi meneruskan pemberian tersebut. Namun pihak KPT tidak menolak jika manfaat tersebut diteruskan semula pada aturan Belanjawan 2024. 

Sekadar imbasan, pada bajet 2023 pentadbiran telah memberi diskaun selama 3 bulan kepada para pelajar berkaitan dengan laras diskaun 20% dan 15%. Berdasarkan sasaran tahun ini, dijangka sokongan lebih tertumpu kepada pembangunan ekosistem pendidikan khususnya dalam pendigitalan, penyelidikan, inovasi serta isu melibatkan tekanan kos kalangan pelajar.