Artikel

BNM : Aktiviti Penipuan Libat Transaksi Bank Semakin Reda, Menurun 58%

Negara sejak tahun lalu, telah perkasakan pelbagai langkah untuk tangani aktiviti penipuan melibatkan transaksi kewangan. Hasil sokongan berterusan di bawah Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ini, Bank Negara Malaysia (BNM) dapati terdapat pengurangan sebanyak 58% selama 5 bulan lalu pada laporan aktiviti penipuan libatkan transaksi perbankan tanpa kebenaran.

Penurunan ini secara langsung memberi gambaran, tahap literasi pengguna semakin meningkat secara berkala di samping penyertaan bank utama dalam perkenalkan ciri kill switch pada aplikasi perbankan mereka – membantu pengguna menyahaktifkan akaun serta-merta sebelum mengugat aliran kewangan disebabkan aktiviti penipuan. Buat pengetahuan umum sejak NSRC dilancarkan pada Oktober 2022 terdapat lebih 19,000 laporan kes penipuan diraih yang melibatkan lebih RM60 juta dibekukann.

Langkah itu secara langsung telah membawa kepada sekitar 43,000 keldai akaun dikenalpasti. Maka untuk mengukuhkan usaha negara dalam banteras gejala penipuan kewangan ini – BNM memaklumkan akan melancarkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) mulai pertengahan 2024 kelak.

Aturan itu akan menambah-baik semakan aduan penipuan dalam industri melibatkan perincian daripada pengenalan, pelaporan awal sehinggalah pemulihan dana. Menerusi usaha ini – ia akan membantu sektor kewangan negara meningkatkan kecekapan mereka dengan tindak-balas yang lebih baik kepada pengguna.