Artikel

Capital A Peroleh $150 Juta Pinjaman Berjangka 5 Tahun – Biayai Kos Selenggara, Modal Kerja AirAsia

Sejumlah $150 juta kemudahan pinjaman berjangka 5 tahun kini telah diperolehi Capital A Berhad, dalam usaha menampung kos penyelenggaraan serta tambah-baik modal kerja operasi AirAsia.

Kenyataan kepada Bursa Malaysia itu, memperincikan dana pinjaman sejumlah lebih RM708 juta tersebut diraih di bawah sebuah institusi kewangan. Aturan ini telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) pada permohonan operasi 19 September lalu.

Secara menyeluruh difahamkan perolehan pinjaman tersebut telah mendapat maklum-balas lembaga pengarah syarikat setelah mempertimbangkan pelbagai faktor untuk kebaikan kemudahan perkhidmatan operasi bagi jangka panjang. Buat pengetahuan umum, pinjaman berjangka ini tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham.