Sepertimana yang disasarkan Malaysia untuk perkasakan prosedur pemohonan dan pembaharuan sijil halal di bawah Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam kalangan pemain industri – mulai awal tahun 2024 keputusan atau maklum-balas kelulusan sijil halal akan dipendekkan kepada tempoh 23 hari bekerja berbanding sebelum ini, terdapat pihak yang terpaksa menunggu antara 9 bulan hingga 2 tahun.
Kesepakatan ini telah dicapai hasil perbincangan Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia bersama pihak kepentingan merangkumi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).
Adanya pemacuan usaha ini, ia sekaligus akan membantu pasaran produk halal negara lalui langkah pengedaran yang lebih meluas tanpa terjejas disebabkan kriteria yang tertangguh.
Bagi peringkat awal, proses permohonan baharu ini akan melibatkan beberapa premis perhotelan di KL, Putrajaya dan Labuan – bagi meneliti kelancaran proses untuk memastikan segala kriteria halal diperolehi berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan mengikuti kadar masa yang dilaraskan.
Melalui keberkesanan itu, ia akan membantu lebih ramai lagi pemain industri negara meraih manfaat yang sama khsusunya pemohon kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).