Artikel

Lebih 188,000 Suri Rumah Di Malaysia Kini Carum Skim Keselamatan Sosial – PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang telah diperkenalkan sejak akhir 2022 lalu bagi membantu kumpulan suri rumah meraih manfaat kesan bencana domestik, atau isu kematian – kini memperlihatkan seramai 188,102 suri rumah di Malaysia direkodkan telah menyertai akses tersebut. 

Berdasarkan jumlah itu, sebanyak 476 kes telahpun diproses oleh PERKESO dengan jumlah bayaran faedah RM621,953 telah disalurkan. Menerusi kelebihan ini, kumpulan suri rumah difahamkan hanya perlu melunaskan caruman sekitar RM120 setahun sahaja untuk meraih perlindungan sedemikian. 

Mengikut pecahan daripada jumlah besar itu, seramai 3,220 suri rumah adalah pencarum dari Kuala Lumpur. 

Meskipun jumlah penyertaan itu terus meningkat, namun secara menyeluruh di Malaysia dianggarkan terdapat seramai 2.99 juta warga suri rumah. Ini bermakna jumlah penyertaan masih kecil dan perlu diperkasakan demi kebajikan perlindungan mereka di masa hadapan.