Para peniaga tidak perlu khuatir, sejajar dengan jaminan Bank Negara Malaysia (BNM) kini Touch ‘n Go Digital memaklumkan pihaknya turut tidak akan mengenakan sebarang caj tambahan ke atas transaksi menggunakan DuitNow QR sehingga suatu tempoh akan diberitahu kelak.
Bagaimanapun keperluan untuk mengukuhkan sistem pendigitalan dalam ekonomi kekal diperlukan untuk jangka masa panjang. Namun pengenalan caj transaksi sedemikian hanya akan dilaksanakan setelah pemain industri meraih kemajuan dalam pasaran di masa hadapan.
Setakat ini, tiada sebarang pengenaan caj akan dilaksanakan. Selain TNG, beberapa bank utama turut sama menyatakan prinsip tersebut antaranya seperti CIMB, Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank dan beberapa bank utama lain.