Selari dengan objektif kelestarian, Payments Network Malaysia (PayNet) kini laksana kerjasama dengan Paywatch iaitu penyedia akses gaji diperoleh (EWA) bagi membolehkan penggajian fleksibel autoomatik ke atas 600 pekerja PayNet.
Menerusi aturan ini, ia membolehkan pekerja PayNet miliki akses segera kepada gaji yang diperolehi – di mana memberikan fleksibiliti, kestabilan dan kawalan lebih besar ke atas kewangan mereka.
Inisiatif ini akan membolehkan pekerja mengakses gaji bulanan pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan. Ini bermakna pekerja tidak lagi perlu menunggu sehingga akhir bulan. Pengeluaran gaji pekerja akan didasari berlandaskan jumlah bilangan hari bekerja dan baki pendapatan yang tidak dikeluarkan akan diraih pada hari penggajian.
Lebih membrangsangkan, pada usaha ini PayNet turut akan menyerap semua yuran transaksi buat mereka pada platform Paywatch. Tindakan ini sekaligus menjadikan PayNet yang pertama berbuat demikian untuk kemudahan pekerja mereka. Selain Paynet, Lotus dan QSR turut menjadi antara jenama yang menggunakan platform Paywatch pada akses penggajian pekerja mereka.