Pada 11 Oktober ini, segmen penjualan barangan di bawah Astro Malaysia Holdings iaitu Go Shop bakal dihentikan operasi sepenuhnya. Langkah ini adalah tindak-balas operasi susulan perubahan ketara berlaku ke atas tabiat membeli-belah pengguna pada saluran televisyen.
Selain mengakui berdepan tekanan ekonomi semasa, Astro turut melihat langkah ini adalah sebahagian daripada aturan strategiik mereka untuk penjajaran semula operasi, di mana mendatangkan lebih penjimatan kos.
Penutupan ini bagaimanapun dimaklumkan tidak akan memberi kesan ketara ke atas jumlah pendapatan operasi dan melalui kesepakatan itu, Astro akan menggandakan usaha mereka memberi tumpuan kepada segmen perniagaan yang lain dalam memberi pulangan semula kepada pengguna.
Buat pengetahuan umum Astro GS Shop Sdn Bhd adalah anak syarikat AMH menerusi Astro Retail Ventures dan memiliki kerjasama antara Korea GS Retail Co Ltd melalui kepentingan 60-40 ekuiti.